Berdosa Pada Bulan Berpahala

Ramadhan, bulan yang mempunyai banyak keberkatan. Bulan di mana umat Islam berlumba-lumba meningkatkan ibadat khusus dan menggandakan ibadat sunat; juga melakukan amal soleh dan kebaikan. Sudah tentulah pelik apabila saya menjudulkan artikel ini “pembunuh” di bulan Ramadhan.

Ia menjadi ironi dan kontradiksi sekali sifatnya. Orang mengejar pahala dan berbuat kebaikan sedangkan membunuh pula adalah perbuatan yang buruk dan berdosa. Ya, mungkin secara logik akal kita tidak terfikir siapakah yang sanggup membunuh orang lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia dan barakah ini.

Begini, saya memulakan suatu kenyataan yang keras di Facebook saya. Ia berbunyi begini: “Ibu bapa yang membelikan anak-anaknya mercun, samalah dengan cubaan membunuh anak-anaknya itu”. Ya, ibu bapa mungkin tidak membunuh anaknya dengan maksud membunuh yang “real” atau nyata tetapi sekiranya anaknya itu terbunuh akibat bermain mercun yang dibelinya, itulah maksud saya bahawa si ibu atau bapa telah menjadi pembunuh!

Maka ada pula orang yang bertanya bagaimana dengan penjual mercun, penyeludup mercun, dan pembuat mercun? Bukankah kalau ibu bapa yang membeli mercun boleh dikatakan sebagai “pembunuh” maka mereka yang menjual, yang menyeludup dan menjual mercun juga adalah pembunuh!

Kalau saya ditanya soalan itu, saya menjawab YA!

Ya, mereka semua adalah pembunuh atau bakal pembunuh! Tidak kira di mana saja kategori anda berada asalkan ia adalah suatu barang yanga sangat berbahaya; membahayakan nyawa dan jika bahan yang membahayakan itu dibawa dan dipuncakan daripada anda, maka anda adalah pembunuh.

Entahlah kita sangat hairan di manakah datangnya budaya bermain mercun lebih-lebih lagi sempena bulan Ramadhan yang sewajarnya dipenuhi dengan amal ibadat dan melakukan hal-hal yang baik-baik sahaja? Islam tidaklah mengajar umatnya bermain mercun untuk menyambut Ramadhan atau Aidil Fitri sekalipun. Apakah yang meriahnya dengan leutupan mercun atau bakaran bunga api di sana sini? Di manakah nilai Islamnya di situ? Apakah perbuatan itu akan lebih mendekatkan kita dengan Allah SWT? Saya rasa tidak.

Saban tahun, dalam bulan yang mulia ini kita akan mendengar dan menonton serta melihat kanak-kanak yang hancur tangannya; kudung tangannya, terputus jari jemarinya, melecur seluruh badan, rumah hangus dijilat api, buta mata dan sebagainya. Semuanya akibat mercun!

Ibu bapa yang membelikan anak-anaknya mercun atau yang tidak melarang anaknya bermain mercun, ingatlah, mungkin hari ini, bulan ini atau tahun ini mereka selamat. Namun, bagaimanakah nantinya apabila sesuatu yang tidak diingini sudah berlaku? Bagimanakah rasanya kelak sekiranya ditakdirkan anak kita mati akibat letupan mercun yang kita beli, atau jari atau tangannya putus semasa bermain mercun?

Pada waktu itu menangis dan menyesal tidak berguna lagi. Nasi sudah menjadi bubur.

Penjual, penyeludup dan pembuat mercun, ingatlah bahawa apa yang anda lakukan adalah perbuatan yang membahayakan nyawa orang lain. Dengan mercun yang anda buat, dengan mercun yang anda seludup dan dengan mercun yang anda jual, mungkin dengan mercun itulah ia mengakibatkan kematian dan kehilangan nyawa seseorang apatah lagi ia adalah nyawa seorang kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa.

Maka, anda adalah pembunuhnya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s