Kedai Orang, Kedai Kita

Di Malaysia, orang selalunya menganggap orang Melayu tidak pandai berkedai ada berniaga. Tetapi kalau sebut orang Cina, maka kita semua akan bersetuju bahawa orang Cina pandai berniaga. Sesungguhnya itu hanyalah anggapan dan persepsi sahaja.

Hakikatnya, hari ini ada orang Melayu yang berniaga, ada orang Cina yang berniaga dan ada orang India yang berniaga. Semua bangsa berniaga. Soal jenis perniagaan, soal skala perniagaannya kecil atau besar, itu soal yang lain pula. Pendek kata, semua orang dan semua kaum berniaga dan boleh berniaga.

Sebab itulah Rasullah Sallallahu Alaihi Wassalam menjustifikasikan bahawa 9/10 (90%) daripada sumber rezeki adalah berpunca daripada perniagaan. Walaupun seseorang itu mungkin bekerja di pejabat atau di suatu syarikat swasta, sebenarnya secara tidak langsung jika dilihat dari aktiviti syarikatnya, dia juga sebenarnya sedang berniaga.

Apa yang saya hendak sentuh di sini ialah cara orang kita (Melayu-Islam) ini berniaga. Sestengah daripada kita cukup pantang apabila kita berkedai atau bergerai secara bersebelahan dan berdekatan. Baginya, seolah-olah itu akan menutup pintu rezekinya. Seolah-olah, berkedai dan bergerai secara berdekatan dan bersebelahan itu akan mengganggu “periuk nasi” seseorang.

Kita selalunya marah apaila ada orang lain membuka gerai bersebelahan gerai atau kedai kita. Kita lebih marah kalau barang jualannya pun hampir sama dengan barang jualan kita. Malah, bukan sahaja marah, tetapi membawa dan melarat-larat pula dengan emosi yang lain dan menjadi dengki, iri hati dan dendam. Malah dalam kes-kes yang ekstrem dan melampau, ada pula orang yang tergamak melakukan khurafat dan perbuatan syirik seperti menggunakan bomoh, tangkal, pelaris dan sebagainya.

Padahal, kita sendiri pernah melihat ada sebuah sahaja kedaimakan di satu-satu tempat, namun tidak ada orang yang datang ke gerai tersebut atau sangat berkurangan orang yang mengunjungi kedai tersebut.

Kita juga pernah melihat situasi ada banyak kedai seperti kedai makan, gerai buah-buahan yang berderetan di tepi jalan, namun semuanya penuh dengan kunjungan orang ramai. Semua kedai dan gerai mendapat pelanggannya masing-masing.

Jadi, rezeki kita dalam berkedai dan begerai bukanlah ditentukan oleh faktor orag lain membuka kedai bersebelahan dengan kedai kita. Rezeki yang mutlak adalah atas kekuasaan dan ketentuan Allah Subhanahu Wata’ala. Tidak perlu bomoh, tidak perlu tangkal, tidak perlu pelaris.

Usahanya adalah dengan menyediakan barangan jualan atau memberi perkhidmatan yang terbaik. Ikhlas. Kita mungkin boleh membuatkan gerai kita lebih menarik dengan menggunakan kreativiti yang kita ada. Umpamanya mungkin dengan cara kita menghias gerai atau kedai kita. Mungkin juga dengan ganjaran diskaun atau promosi. Mungkin juga dengan khidmat dan layan yang baik. Atau apa sahaja yang membolehkan kita buat asalkan gerai atau kedai kita kelihatan menarik dan istimewa.

Pokoknya rezeki setiap daripada kita sudah dijanjikan oleh Allah. Betulkan niat, ikhlaskan perkhidmatan, insyaallah akan ada keberkatannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s