Archive for the ‘pepatah’ Category
Kulit Hitam Orang Tengok, Tulang Putih Siapa Jenguk
Ketika membelek-belek “Kamus Peribahasa Lengkap Utusan” karya Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. saya tertarik dengan pepatah ini: “kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk”. Maksud yang diberikan kepada pepatah tersebut ialah “disangka jahat sebenarnya baik, tapi orang tidak nampak kebaikannya”.
Ini biasa dan selalu. Entah kenapa orang [kita] suka membuat penilaian daripada luaran atau sepintas lalu. Penilaian daripada luar mungkin tidak salah tetapi penilaian secara sepintas lalu acapkali tersalah. Walaupun peribahasa “sekilas ikan di air, sudah ku tahu jantan betina” mungkin dalil yang digunakan bagi menyokong kearifannya dalam menilai, namun penilaian sepintas lalu sangat tidak sesuai untuk menilai lebih-lebih lagi dalam konteks menilai orang!
Berbalik kepada pepatah di atas, kita selalu melihat kulit daripada melihat isi. Kulit hitam, kulit putih, kulit kelabu dan berbagai-bagai warna kulit. Dengan hanya warna kulit kita selalu membenarkan penilaian kita sehingga kadang-kadang kita terlupa apa isi di dalamnya. Kenapa kulit hitam dalam pepatah ini? Ya, sebab persepsi dulu hitam itu buruk dan tidak cantik [walaupun kini sudah dipulihkan dengan "hitam itu menawan"]. Lalu, asalkan warnanya hitam (kalau orang dilihat kulitnya) maka lekas saja kita mengatakan yang tidak baik.
Habis, jika itu persepsinya apakah yang berkulit tidak hitam itu sentiasa baik. Saya percaya jawapan yang kita berikan juga tidak. Padahal baik kulit hitam atau kulit putih (manusia) tulangnya tetap putih, dan siapa yang selalu “menjenguk” tulang ini? Kenapa kita selalu menilai dari warna kulit saja?
Di dalam amalan Islam, kita tidak dibenarkan melihat seseorang daripada warna kulit. Allah sensiri tidak menilai warna kulit manusia tetapi menilai “hatinya” iaitu takwanya kepada Allah SWT. Kita juga ditegaskan selalu bersangka baik dan jangan lekas bersangka buruk.
Musuh Dalam Selimut
Dengan sebab itu, saya tidak dapat bersetuju dengan pepatah bangsa saya yang mengatakan harta benda boleh bergolok bergadai, tetapi bahasa, keturunan, identiti dan pusaka nenek moyang mesti dipertahankan, jangan digolok-gadaikan. Mesti dipelihara bermati-matian, tidak ada tolak ansur jika tergugat. Benarkah begitu?
Dipetik dari blog Ridhuan Tee Abdullah, “Mengenali Musuh Dalam Selimut” [Sila klik tajuk untuk ke sumber asal]