Ada Apa Dengan Bola?

[Petikan tulisan daripada pemerhatian seorang rakyat Indonesia]
“Sepulang dari kantor kemarin, saya menyaksikan suatu fenomena yang luar biasa, trotoar-trotoar jalan penuh oleh kendaraan bermotor yang diparkir. Si empunya motor asyik nglesot di lesehan pinggir jalan yang dipasang layar tancap. Cafe-cafe penuh dan jalanan lenggang, Garuda muda akan melawan Harimau Malaya. Pertandingan sarat emosi, dendam kesumat dan kebencian. Teriakan-teriakan Malingsia dan Ganyang Malaysia bergema. Warna merah mendominasi pandangan mata, di udara sangat terasa hawa keoptimisan bercampur kebencian pada negeri Jiran. Inilah final impian dimana mayoritas masyarakat Indonesia sangat ingin melihat pasukan Garuda Muda menjungkalkan Harimau Malaya.
Pertandingan pun berlangsung, decak kagum bergumam melihat kecepatan para pemain garuda muda khususnya para pemain-pemain dari pulau Papua. Dan gol cepat pun terjadi, suasana menjadi riuh rendah, teriakan gol bergaung, rasa puas merasuk ke jiwa penonton. Lalu penantian gol kedua pun bergelora, detik demi detik, menit demi menit tapi gol kedua yang ditunggu tak kunjung datang, malah pasukan Harimau Malaysia mampu menyamakan kedudukan.
Serangan dari tuan rumah tak berhenti, umpatan dan cacian silih berganti menemani pertandingan. Wasit, hakim garis, pemain, pelatih lawan tak lepas dari hinaan dan umpatan. Hingga beberapa gol yang diciptakan tak mendapat pengesahan makin tinggi tensi permainan makin gemes penonton. Pertandingan normal berakhir, perpanjangan waktu, dan akhirnya adu Tos-tos an dilakukan. Disinilah mental diuji dan Garuda Muda terbukti belum mampu menunjukkan mental juara. Malaysia pulang ke kandang mereka dengan kepala tegak, kalungan medali Sea Games yang dirindukan oleh warga Indonesia selama 20 tahun dibawa ke Kuala Lumpur.
Ada apa sebenarnya? Kenapa Indonesia selalu kalah dengan Malaysia di partai puncak? Banyak yang beranalisis tentang masalah teknis seperti teknik, team work, mental dan lain-lain. Tapi saya mencoba menganalisis dengan cara lain. Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu berkumpul di stadion yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali.
Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadion yang menyumpah serapah i negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul.
Oleh karena itu marilah kita luruskan niat, saat pertandingan olahraga tidak perlu membawa kepentingan politik dan membawa kebencian di lapangan. Bertandinglah untuk menghibur, untuk mencapai prestasi karena ingin mengharumkan nama bangsa tanpa menginjak martabat bangsa lain. Bukankah seorang pemenang sejati itu adalah mereka yang “Menang tanpa kesombongan dan kalah tanpa banyak alasan”. (22/11/11)

Politik Baik dan Buruk

Artikel ini saya petik sepenuhnya dari akhbar Sinar Harian. Artikel ini ditulis oleh Rahman Shaari dalam kolumnya Bicara Selasa di akhbar tersebut. Buat renungan rakyat yang kecil yang teruja dengan politik tanah air, tulisan ini mampu merangsang daya fikir. Selamat membaca!

Suasana politik tanah air kian meriah. Kini penghujung 2010, kita dapat mengikuti betapa hebatnya cabaran yang dihadapi kerajaan dan juga pembangkang. Rata-rata mereka berusaha melukiskan hakikat politik. Musuh dahulu ialah kawan kini, demikian juga yang sebaliknya. Pengikut keliru, kecuali jika pengikut itu ahli fikir yang sentiasa bersedia untuk melihat kecelaruan.

Pembangkang baru-baru ini mengemukakan perbandingan antara ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat. Adalah cukup menarik apabila perempuan Melayu dengan bangganya menganjurkan ketuanan Melayu ditolak. Pada masa lalu, (kononnya) ada orang Melayu bertanya, “Siapakah yang berupaya menebang pokok kayu?” Kawannya menjawab, “Kapaklah.” Orang yang bertanya itu berkata, “Bukan, yang boleh menebang ialah kayu itu sendiri. Kayu telah menjadi hulu kapak, orang memegang kayu untuk menebang pokok kayu.”

Demikianlah anekdot yang bagus, membayangkan kayu menebang kayu, iaitu pelukisan hanya Melayu menebang Melayu. Saya membawa perkara ini secara umum, kerana peristiwa Melayu menjatuhkan Melayu – secara langsung atau tidak – sudah lama berlaku. Di kampung-kampung misalnya, pada dekad 60-an, pekedai-pekedai Melayu menjadi amat susah dan menderita disebabkan orang Melayu berhutang dan tidak gemar membayar. Tidaklah silap jika dikatakan pekedai bukan Melayu lebih senang dan selesa berkedai di kampung, kerana orang Melayu tidak membawa masalah kepada mereka.

Orang Melayu dalam kerajaan kurang memberikan perhatian kepada Melayu secara keseluruhannya. Peristiwa penolakan ketuanan Melayu oleh pembangkang Melayu pada hakikatnya disandarkan pada keadaan tersebut. Orang Melayu dalam kerajaan hanya menolong Melayu yang dekat dengan diri mereka. Itulah dimaksudkan dengan istilah kronisme dan nepotisme. Pelaksanaan begini sebenarnya bertolak dari semangat yang biasa bagi semua orang. Sesiapa sahaja akan menolong anggota keluarga dan kawan-kawan. Siapa lagi yang hendak kita tolong jika bukan adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan?

Apa yang menjadi masalah dalam melaksanakan kebajikan ialah perbuatan melupakan orang lain (selain keluarga dan kawan-kawan) yang berhak mendapat pertolongan. Pihak pembangkang dengan mudah dapat mencari contoh sejumlah besar Melayu yang tidak dibantu. Ketua pembangkang dapat menunjukkan contoh dengan mudah, kerana semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, beliau juga tidak berusaha bersungguh-sungguh membantu orang Melayu. Beliau amat berpengalaman dalam suasana begitu, kerana masa diambilnya berada dalam UMNO amat panjang, iaitu dari 1982 hingga 1998.

Saya tidak fikir ketua pembangkang pernah menganjurkan penolakan ketuanan Melayu semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Yahya Ismail, seorang penulis buku politik yang prolifik, ada mengatakan, Ketua Pembangkang sebenarnya termasuk dalam golongan orang yang menikmati amalan konsep ketuanan Melayu. Tidaklah cepat saya menerima kenyataan Yahya, tetapi saya juga sukar menolaknya.

Jika tahap kecerdikan orang sekarang diambil kira, saya fikir bukanlah masanya untuk kita berbalah tentang ketuanan Melayu. Sesiapa saja, Melayu atau bukan Melayu, jika rajin berusaha, akan hidup senang dan bahagia di Malaysia. Malaysia ialah tempat selesa untuk rakyat mencari rezeki. Hal ini terbukti apabila kita melihat rakyat negara lain, jauh dan dekat, berduyun-duyun datang ke Malaysia, mencari rezeki. Sesetengahnya hanya memahami seratus patah perkataan Melayu, dan berpusing-pusing dengan kata-kata itu sahaja, namun masih dapat mencari rezeki di negara kita.

Hakikat ini tentulah tidak mudah ditolak. Seorang pemuda rakyat Malaysia yang ada SPM meninggalkan kerja bergaji dan membuka restoran. Pendapatannya jauh lebih besar daripada gaji pegawai. Jadi, tidaklah benar jika dikatakan keadaan di Malaysia merumitkan rakyatnya. Cuma, jika dikatakan kita masih boleh terus berusaha mempertingkatkan kebagusan, saya bersetuju.

Sekarang, kita melihat dan mendengar kekecohan di Parlimen. Saya mendapat SMS daripada penulis Terengganu, bertanya pendapat adakah kececohan itu menguntungkan Barisan Nasional, atau pembangkang? Saya menjawab, “Tidurlah, kerana tidur lebih baik daripada memikirkan hal itu.” Maksud saya, walaupun kecoh, itu lakonan biasa dalam politik. Pelakon-pelakon ialah orang-orang itu juga, cuma mereka mengubah perwatakan agar tidak menjemukan penonton.

Dalam tulisan lepas, saya sebutkan ketuanan Melayu yang dibisingkan kini, bukanlah konsep lama. Konsep itu mula disebut oleh Tan Sri Abdullah Ahmad, tokoh politik dari Kelantan. Konsep ketuanan rakyat, satu kekarutan baru, telah disebutkan oleh tokoh PKR tidak berapa lama setelah parti itu ditubuhkan. Semua ini perlu disebut berulang-ulang, kerana masing-masing mahu memperkukuh impak.

Jika rasional, kita dapat melihat segala slogan adalah baik. Ketuanan rakyat tidak akan menjadi karut, jika tidak dipertentangkan dengan ketuanan Melayu. Sepatutnya kita wujudkan konsep ketuanan rakyat tanpa mengatakan ketuanan Melayu itu refers to a master and slave. (Lihat The Sun, 2 Disember 2010). Jika ketuanan Melayu merujuk kepada ‘tuan’ dan ‘hamba’, ketuanan rakyat itu bagaimana? Bukankah kata ‘ketuanan’ itu masih ada? Jika ada ketuanan, mengikut logik tersebut, maka ada jugalah perhambaan. Apakah ertinya ketuanan rakyat, jika bukan orang besar di kalangan rakyat menjadi tuan? Dalam novel Animal Farm karya Goerge Orwell, terdapat kenyataan all animals are equal, but some animals are more equal than others. Kenyataan itu amat popular. Rakyat adalah sama, tetapi golongan wakil rakyat atau pemimpin rakyat adalah lebih sama. Apakah dimaksudkan dengan lebih sama?

Katakanlah rakyat memperoleh seribu ringgit. Jika pemimpin mendapat sejuta ringgit, itu adalah adil, kerana itu lebih sama? Pelik betul frasa ‘lebih sama’ (more equal) itu.

Dalam politik, selain slogan ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘Ketuanan Rakyat’, kita sudah ditimbuni slogan-slogan lain sebelumnya. Antaranya ‘Memandang ke Timur’, ‘Membangun Bersama Islam’, ‘Malaysian Malaysia’, dan sesekali berbunyi ‘Masyarakat Madani’. Semua itu tidak mengapa jika kita tidak keterlaluan dalam hal menyanjung dan mengkritiknya. Terimalah apa-apa yang baik dalam slogan-slogan yang banyak itu, perelok yang kurang baik, dan ketepikan yang buruk. Pihak pembangkang jangan terus mengatakan ketuanan Melayu buruk, dan pihak kerajaan jangan terus menyangkal ketuanan rakyat.

Lama dahulu saya menghasilkan sajak Alam Telah Betul. Gadis yang jelita berjalan ke sana sini, dan dia digilai ramai. Di dalam tubuhnya ada najis, kerana itu ialah hakikat manusia dan hakikat hidupan. Ini dapat dibandingkan dengan slogan, dan keseluruhan parti politik. Tidak mungkin elok kesemuanya. Namun, jika dijagai dengan baik dan saksama, parti politik amat berguna untuk rakyat.

Salam mesra untuk Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar.

*Rahman Shaari ialah Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya sejak tahun 2003, dan kini sebagai Felo Penyelidik Kanan di Jabatan yang sama.

Berkokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Tahi

Ayam jantan, sifatnya berlagak, ego dan sentiasa menunjuk gagah, lebih-lebih lagi jika hendak memikat si ayam betina! Dengan bulunya yang berwarna warni, dengan megah dan gagah ia akan berkokok ke serata alam. Namun, demikian gagah, megah dan cantiknya si ayam jantan, ekornya meleret dan ada kalanya “menyapu” tahi yang diberaknya sendiri.

Peribahasa ini dianalogikan kepada mereka yang megah dan berlagak tetapi dalam masa yang sama sahsiah dan peribadi atau kelakuannya tidaklah semegah dan selagak dengan kecantikan luarannya itu.
Politik Melayu-Islam negara pada hari ini cukup bercelaru dan kelam-kabut, keluh-kesah dan gelisah seolah-olah tercabut daripada akar prinsip dan jati diri. Ya, politik yang tercabut daripada akar agama Islam.
Sudahlah pergaduhan dan perkelahian sesama ahli dalam parti tidak pernah sudah-sudah, perkelahian dan pergaduhan ini berlanjutan dengan orang seagama, sebangsa dan senegara. Politik diletakkan di puncak bagaikan itulah segala-galanya dalam hidup ini tanpa memikirkan balasan di akhirat.
Lebih mengecewakan, sekalipun berdiri atas nama Islam, Islam itu hanya tinggal nama kerana sepak terajang, bertegang urat dan berkelahinya mereka sama sekali tidak mencerminkan nilai-nilai Islam.
Mereka berkokok bercakap tentang rakyat bawahan yang perlu bersatu-padu, berbuat baik, kebajikan, jujur, amanah, dan seumpamanya, namun ironinya merekalah yang bergaduh tidak habis-habis.
Mereka sendiri tidak boleh menjadi contoh yang baik agar diteladani oleh rakyat. Mereka hanya pandai bercakap tetapi akhlak mereka cukup teruk dan memalukan malah sentiasa mengambil tindakan-tindakan yang memualkan.
Mereka tidak ubah ibarat ayam jantan yang berkokok berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi!
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.